Saturday, August 13, 2016

Tutorial Cara Menggunakan Widget File Drop

Klik button "Edit" untuk pergi ke senarai widget dan klik sekali pada widget "File Drop" tanpa melepaskan klik dan seret widget itu ke bahagian site sehingga keluar warna biru lalu lepaskan klik





Klik button "Save Changes" dan klik button pangkah di sebelahnya. Selepas itu klik button "Upload" sekiranya dokumen dalam bentuk doc itu ada dalam komputer anda atau klik button "Frog Drive" sekiranya doc itu ada dalam akaun Frogvle.




Klik button "Choose File" yang berwarna biru itu dan pilih dokumen yang ingin di upload. Kemudian klik save.




Download tutorial ini dalam bentuk PDF dengan klik "Kota Tinggi"

Tutorial Cara Menggunakan Widget External Link

Klik "Edit" untuk pergi ke pilihan widget

Klik sekali pada ikon widget "External Link" kemudian seret ke site sehingga keluar warna biru

Isikan url laman web yang dikehendaki berserta tajuk web tersebut. Sekiranya kita ingin meletakkan gambar profile pada laman web tu kita boleh klik pada button "Upload" sekiranya gambar itu ada dalam komputer, sekiranya gambar itu ada dalam akaun frogvle klik pada frogdrive


Selepas itu baru klik button "Save Changes" yang berwarna biru kemudian klik button pangkah.

Download tutorial ini dalam bentuk PDF dengan klik "Kota Tinggi"

Friday, August 12, 2016

Tutorial Cara Menggunakan Widget Calender

Klik "Quick Launch" pada ikon di atas seperti gambar petir dan klik ikon "Calender"

Isi tajuk aktiviti, lokasi, tarikh mula dan tamat aktiviti kemudian klik button "Create Event" yang berwarna biru.

Selepas siap mengisi aktiviti atau takwim tahunan klik button X (pangkah) untuk kembali ke site asal.

Klik "Edit" untuk pergi ke pilihan widget.


Klik ikon widget sekali tanpa lepas kemudian seret ke bahagian site sampai keluar warna biru dan lepaskan klik

Double click pada widget calender 

Pilih "Calender To Display" kalender yang telah kita buat tadi iaitu nama ID Frogvle. Dah siap klik "Save Changes"

Download tutorial ini dalam bentuk PDF dengan klik "Kota Tinggi"

Tutorial Cara Menggunakan Widget Embed Website

Klik "Edit" untuk pergi ke bahagian "Widgets"

Klik ikon widget sekali dan seret ke bahagian site sehingga keluar warna biru dan lepaskan klik.

Double click pada ikon "Embed Website" 

Masukkan "URL" laman web yang ingin dipaparkan dalam site serta size yang sesuai

Download tutorial ini dalam bentuk PDF dengan klik “Kota Tinggi

Tutorial Cara Menggunakan Widget e-bahan

Klik "Edit" untuk pergi ke senarai widget

Pilih widget e-bahan dengan klik sekali dan seret ke site tanpa lepaskan klik

Double click pada ikon widget e-bahan sehingga keluar "Search e-bahan files"

Senarai video interaktif pembelajaran kendiri yang terdapat di dalam e-bahan boleh disemak dalam laman web http://spp.moe.edu.my/

Taip kata kunci pada bahagian "Search e-bahan files" kemudian klik ikon kanta iaitu carian sehingga keluar senarai bahan dan klik 1 bahan. 1 widget untuk 1 bahan.

Download tutorial dalam bentuk PDF dengan klik "Kota Tinggi"
huszarudin@gmail.com

Tutorial Cara Menggunakan Widget "Media"

Klik "Edit" kemudian pilih "Widget"

Cari widget "Media"

Klik sekali pada ikon widget "Media" kemudian seret widget itu ke site tanpa lepas klik sampai keluar warna biru kemudian baru lepaskan klik.

Double click pada ikon media sehingga keluar "Choose Media" di sebelah tepi bahagian site.

Klik button "Upload" sehingga keluar button "Choose File" yang berwarna biru

Klik  button "Choose File" yang berwarna biru kemudia pilih gambar atau video yang terdapat di komputer yang ingin di upload. Apabila dah jumpa dokumen tersebut klik "Open".

Bagi yang ingin memilih gambar atau video yang telah anda gunakan dalam site-site yang sebelum ini, klik button "Frog Drive" di sebelah kiri.

Kemudian pilih gambar atau video yang anda inginkan dan klik button "Use"

Bagi yang ingin mencari gambar atau video dalam internet, taip kunci perkataan pada bahagian "Search Discover" dan klik ikon seperti ikon kompas.

Jika anda ingin mencari gambar klik "Images" untuk mendapat gambar yang lebih banyak. Setelah pilih gambar yang dikehendaki klik "Use"   Begitu juga dengan video.

Download tutorial dalam bentuk PDF, klik "Kota Tinggi"

huszarudin@gmail.com

Cara Memasukkan Widget-widget Ke Dalam Site Untuk PdP



Klik button "Edit"

Klik button "Widget"


Klik sekali tanpa lepas satu widget, contoh widget "Media" kemudian seret ke ruangan site sehingga keluar warna biru baru boleh lepaskan klik


Download tutorial ini dalam bentuk PDF dengan klik "Kota Tinggi"

Tutorial Cara Menghasilkan Site


Selepas login akaun Frogvle klik pada ikon "Quick Launch" 


Kemudian klik pada ikon "Sites". 


klik pada butang biru "New Site". Ia terletak pada bahagian atas ruangan My Sites. 


Klik "Blank Template" kemudian klik button "Next" yang berwarna biru

Isikan tajuk site kemudian klik button "Next" yang berwarna biru

Pilih 1 pilihan "theme" & 1 pilihan icon kemudian klik button "Next" yang berwarna biru

Isikan pilihan tag yang ada kemudian klik button "Add" kemudian klik button "Create yang berwarna hijau 

Tapak site telah terhasil


Dapatkan tutorial ini dalam bentuk PDF dengan klik "Kota Tinggi"